Minta Maaf jika Salah
Maafkan saya kalau tersilap. Suatu hari saya cuba untuk memuat naik chat di WhatsApp group Usrah. Saya dan kawan saya hantat chat tentang produk jualan kami. Apa yang dibalas oleh admin tersebut ialah, "tiada sebarang iklan dalam group ini, TK". Tidak bolehkah kami sebar mesej ringkas tentang produk kami, kami juga usahawan Islam? Saya berharap mana-mana kumpulan usrah, memang tujuannya kebaikan tetapi adakah Islam melarang kita untuk berniaga? Saya amat kesal dengan sesetengah kumpulan yang memang dia ingin berdakwah dan mahu orang ikutnya tetapi apabila kami baru sahaja ingin promosi sedikit kepada saudara Islam sendiri, tidak dibenarkan. Bertapa kecewa dengan pendapat yang individu tersebut pegang. Hinggakan iklan perniagaan kecil yang ringkas ditepis lagi. Dia mahu kita ikut dia sentiasa tapi bila kita nak lakukan suatu yang mulia juga tak bagi. Sungguh kecewa...