SMPWEB

SMPWEB merupakan salah satu kemudahan bagi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melakukan urusan akademik. Antaranya, mendaftar kursus, mencetak jadual peperiksaan, menyemak dan mencetak jadual kuliah dan sebagainya.

Kemudahan ini disediakan bagi pelajar UKM kini bagi memudahkan urusan dan mengurangkan kesesakan di pusat prasiswazah dan pusat pengurusan akademik.

Namun begitu, terdapat kelemahan dalam sistem SMPWEB yang kerap berlaku iaitu laman sesawangnya amat perlahan apabila ramai pelajar memasuki dalam satu masa. Perkara ini perlu diambil perhatian pihak Universiti dan harus dipertingkatkan untuk memudahkan urusan seluruh warga UKM. 

Walau bagaimanapun, tetap memudahkan apabila laman sesawang seperti ini diwujudkan demi memenuhi keperluan semasa zaman dan akademik.

Comments

Popular posts from this blog

PENGANGKUTAN KOLEJ KERIS MAS (KKM) dan UKM

Makmal Komputer 3 FEP UKM

Pengantar Pengurusan