Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian (BEI).

Kursus BEI adalah kursus baharu lagi di UKM (buat masa ini). Kursus yang ingin memupuk pelajar menjadi usahawan dalam ilmu dan kemahiran. Setakat ini kursus BEI tidak mempunyai pelajar yang ramai, kerana ia menyediakan tempat yang terhad kepada pemohon. Jadi kursus ini suatu kursus yang agak rare dan sepatutnya anda berbangga bila mendapatnya.

  Walau bagaimanapun, tahun pertama tetap belajar subjek-subjek yang sama seperti kursus lain dalam fakulti ekonomi dan pengurusan. Seperti Mikroekonomi, Makroekonomi, Pengurusan dan lain-lain.

  Pada tahun berikutnya bermulanya subjek teras keusahawanan. Pelajar lebih diberi ilmu-ilmu keusahawanan dengan pensyarah yang bertauliah. Tidak silap, pelajar BEI tiada tesis seperti kursus Ekonomi dan kursus Pengurusan Perniagaan, pelajar BEI hanya akan memulakan perniagaan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGANGKUTAN KOLEJ KERIS MAS (KKM) dan UKM

Makmal Komputer 3 FEP UKM

Pengantar Pengurusan