PERMULAAN EKSPLORASI UKM


  Assalamualaikum dan Hi, perkenalkan diriku yang bernama Norman Hakimi Bin Sa'ari. Seorang graduan tingkatan 6, SMK Taman Desa, Rawang Selangor. Mendapat keputusan yang Alhamdulillah boleh melayakkan untuk memohon sambungan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Salah satu pilihan yang dibuat adalah untuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan saya mendapat tempat dalam jurusan yang dipilih iaitu Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian (BEI).

  Sedikit sejarah mengenai UKM yang telah saya faham, Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1970, 18 Mei. Pelbagai rintangan semasa proses penubuhan UKM yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia. Berhempas pulas membincangkan, merancang dan membuat permohonan untuk mewujudkan aspirasi rakyat Malaysia iaitu untuk mewujudkan sebuah Universiti yang menjamin perpaduan kaum melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Maknanya, UKM dicipta hasil idea rakyat untuk rakyat. Berbangga dan syabas kepada pejuang-pejuang UKM.


Gambar 1: Logo Universiti Kebangsaam Malaysia

                                                                                                (Sumber: Laman Sesawang Rasmi UKM)

  Post yang dihasilkan dalam blog saya kali ini adalah sepanjang pengajian saya di UKM. Berbentuk idea, pendapat dan pengalaman sewaktu belajar di UKM. Ditujukan kepada bakal pelajar dan penggemar membaca sedikit sebanyak memberi idea dan pengetahuan tentang UKM dan perkara-perkara lain. Oleh itu, ini lah permulaan blog Eksplorasi UKM. Semoga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

PENGANGKUTAN KOLEJ KERIS MAS (KKM) dan UKM

Makmal Komputer 3 FEP UKM

Pengantar Pengurusan