PENGANGKUTAN KOLEJ KERIS MAS (KKM) dan UKM

Disclaimer/Penafian: Segala info dalam blog ini adalah berdasarkan pendapat pemilik dan info keadaan semasa pada waktu blog dibuat. Segala info, gambar asal mungkin dimiliki oleh pihak yang berhak.

   Di sini saya berikan info serba sedikit tentang pengangkutan di Kolej Keris Mas (KKM) di UKM dan sekitar UKM. Soalan lazim pelajar baru masuk kepada senior sebelum masuk UKM adalah "Kat kolej nak pergi kelas nanti macam mana?", "Jauh tak dari kolej ke fakulti?" dan "Bas lalu berapa kali?". Saya bantu bagi maklumat sikit setakat yang saya tau bila duduk kat sini buat masa ni. Terlebih dahulu, saya bagitahu beza kolej dan fakulti. Kolej adalah tempat menginap iaitu tempat tidur dan beraktiviti kolej. Manakala fakulti tempat untuk belajar jurusan yang kita ambil. Di situ terdapat kelas dan dewan kuliah. Jadi di UKM, terdapat banyak fakulti dan kolej. Mengagumkan apabila lihat dewan-dewan di sini sangat besar dan cantik diuruskan. Salah satu tempat belajar yang hebat. 

  Menjurus kepada topik pengangkutan, pengangkutan di UKM untuk pelajar adalah bas Kiffah. Terdapat banyak zon untuk bas Kiffah, iaitu Zon 2, Zon 3 dan Zon 6. Kemungkinan ada zon lain tapi ini yang paling kerap akan jumpa. Setiap zon-zon ini berbeza jalan mula dan akhirnya. Zon 2 bermula daripada Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) manakala Zon 3 Bermula daripada Kolej Keris Mas (KKM). Bas-bas ini akan lalu fakulti-fakulti dan tempat-tempat dalam perjalanannya. Satu pusingan bas biasanya akan ambil masa 30 minit. Oleh itu, di KKM bas akan ada setiap 30 minit. Contohnya, pukul 7 pagi, 7:30 pagi, 8 pagi dan seterusnya. Tapi ada waktu yang pemandu bas akan rehat dan waktu itu tiada bas, seperti pukul 1:30 tengah hari dan pukul 7:30 petang. Jadi, rancang perjalanan elok-elok. Kadang-kadang bas penuh jadi, bertolak ansur dan rancang masa dengan baik. Bas Zon 3 akan lalu dalam UKM, manakala Zon 6 akan lalu dalam UKM dan ke KTM stesen UKM. Paling penting bas Kiffah percuma, tiada bayaran dikenakan, rasanya dah termasuk dalam yuran pengajian. Hehe. Kalau dari KKM ke Fakulti Ekonomi dan Perngurusan (FEP) dalam 6-9 minit bergantung pada keadaan.



Gambar 1: Contoh Bas Kiffah
                                                                                                                         (Sumber: Google Images)

  Selain Bas Kiffah, di KKM bas MRT juga ada. Bas MRT akan selalu lalu, waktunya tidak spesifik tapi agak kerap lalu. Bas ini akan lalu satu UKM. Jika dari bus stop KKM, ia akan pergi ambil pelajar-pelajar dari kolej lain dan dari fakulti yang bas ini lalu. Basnya bernombor T451, berhenti di stesen Stadium Kajang. Mudah untuk pelajar pergi ke MRT Stadium Kajang, laluan Kajang-Sungai Buloh. Bas MRT dikenakan RM 1 sekali naik untuk seorang.


                                                            Gambar 2: Contoh Bas MRT
                                                                                                                         (Sumber: Google Images)

  Selain bas-bas, ada juga pelajar yang buat servis pengangkutan dalam UKM. Bayaran dikenakan. Kalau urgent boleh guna perkhidmatan mereka. Cas bergantung pada mereka.

  Grab juga selalu masuk dalam UKM, ramai yang tempah. Tak jadi masalah kalau nak guna Grab dekat sini. Memang memudahkan. Harga boleh rujuk di aplikasi Grab.

  Konklusinya, di UKM pengangkutan dah mudah kalau dibandingkan dengan zaman dahulu. Tetapi boleh dinaik taraf pada masa akan datang. Lagi memudahkan satu sama lain. 

  








Comments

Popular posts from this blog

Makmal Komputer 3 FEP UKM

Pengantar Pengurusan