MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM atau ORIENTASI) dan KOLEJ KERIS MAS (KKM)
Pada hari pertama selepas selesai segala proses pendaftaran di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), terus saya menuju untuk mendaftar masuk di kolej kediaman kedua terbesar di UKM iaitu Kolej Keris Mas (KKM). Bermulanya di KKM, para pelajar mendaftar masuk dan mulanya kehidupan di Kolej serta Universiti selepas ditinggalkan ibu bapa.
Selepas pendaftaran para pelajar dibenarkan ke bilik masing-masing untuk mengemas barang-barang. Di KKM, bilik yang ditawarkan kepada pelajar tahun pertama ialah bilik untuk dua orang. Dilengkapi dua katil single, dua almari besi, dua meja belajar dan lain-lain peralatan. Kipas ditengan-tengah, jadi kadang-kadang rasa panas sebab tak kena terus kalau baring dekat katil, sebab katil dekat tepi. Lampu belajar agak tidak strategik sebab diletakkan di atas rak besi jadi cahaya tak sampai ke meja terus, lebih baik beli lampu belajar sendiri. Tujuannya untuk belajar malam-malam dengan terang tanpa ganggu roommate. Kita kena fikir orang lain juga, sayangnya ada yang tak boleh, jadi kena tegur lah.
Di luar bilik di KKM ni disediakan tempat untuk jemur baju dan kain-kain. Biasanya di blok saya duduk ni, blok 3, cahaya dan haba tak masuk dekat tengah blok iaitu dekat tempat sidai ni. Sebab tu kadang-kadang baju lambat sangat kering dan berbau. Jadi lebih elok jemur dekat tingkat bawah depan blok, ada tempat sidai baju yang agak luas dan terbuka. Lagi senang kering dekat situ. Kalau nak lagi senang keringkan dekat dobi Kolej Ibu Zain (KIZ). Dekat situ RM 2.50 je setakat tahun saya belajar ni. Lagi satu dekat aras 3, ada pantri, iaitu ada peti sejuk, water dispenser dan meja untuk makan atau minum dekat situ. Biasanya makan minum dekat bilik je, jarang guna meja dekat pantri.
Di aras 3 setiap kolej dikatakan ada mesin basuh dengan bayaran RM 2 kalau tak silap untuk sekali basuh. Dekat blok 3, aras 3 ni memang ada 3 mesin basuh dalam bilik khas. Jadi inilah serba sedikit tentang Blok 3 yang saya tinggal untuk tahun pertama ni. Info-info lain tentang kafe dan makanan akan dibuat dalam entri yang lain.
Seterusnya, Minggu Mesra Mahasiswa (MMM), merupakan minggu orientasi bila korang masuk UKM. Pastikan mental dan fizikal korang bersedia. Bersedia juga untuk jalan satu UKM yang memang besar ni. Bersedia untuk kerja berpasukan. Bersedia untuk keluarkan suara buat sorakan. Bersedia untuk tidur lewat. Bersedia untuk bangun awal pagi dan kena arahkan untuk pergi sana sini. Tapi takpe, ini semua akan jadi kenangan nanti, MMM ni beberapa hari je. Jadi lepasi dengan rasa seronok dan gembira. Just take it easy and stay chill, calm, relax.
Tantatif program kebiasaannya akan diberikan dalam aplikasi Aplikasi MMM di Google Play atau Apple Store. Antaranya, program mengenali ahli jawatankuasa kolej, ucapan dari Naib Canselor, belajar sorakan kolej yang bermacam-macam jenis dan menjalani domain-domain yang telah dipilih. Dalam MMM memang akan rasa letih, bangun awal tidur lewat, kena marah, kena bercakap dekat depan dan sebagainya. Memang letih tapi itu biasa, cuma bersedia sahaja. Nervous memang ada tapi selagi ketakutan tu kita tak pecahkan, selamanya kita takkan berani. MMM ni korang kena rasa sendiri. Bestnya bila dah jumpa kawan-kawan. Jangan sombong antara satu sama lain. Work together, survive together, help each other. Dekat Universiti ni banyak benda kita tak reti, kita belajar untuk cari pensyarah dan cari kawan yang pandai. Cuma belajar dari mereka bukan meniru semata-mata.
Kesimpulannya, harap semuanya okay di KKM dan dapat ditambah baik, manakala selamat berjaya kepada bakal-bakal pelajar UKM apabila menjalani minggu MMM. Stay Strong Internally.

Comments
Post a Comment