Abang Nasi di UKM
Kalau perasan, ada abang lelaki selalu jalan di kolej-kolej di UKM untuk jual nasi. Saya dengan kawan-kawan saya sentiasa beli nasi dia dengan harga yang berbaloi iaitu RM3.8 sahaja.
Kalau beli banyak dia akan bagi diskaun dan ada sekali tu dia bagi satu free.
Dalam hujan pun dia sanggup datang jual nasi. Boleh dengar suara dia datang. Buatkan saya fikir, betul bersungguh abang ni cari rezeki walaupun hujan-hujan tetap datang untuk jual nasi.
Satu hari saya tanya dia bila saya nak beli di depan pintu bilik saya, "hujan ni, abang sanggup datang?". Dia kata, "hujan ni gerimis je dik, tak lebat pun". Sedangkan pada waktu itu saya tengok dekat luar hujan tengah lebat. Kemudian dia memberi salam dan ucap "terima kasih dik selalu beli". Saya berkata kepadanya, "semoga selamat semuanya bang". Dia pun terus pergi.
Suatu hari selepas lama saya tak beli sebab balik cuti, dia tanya saya, "bila exam dik". Saya jawab, "minggu depan bang". Dia pun berkata dia akan mendoakan saya dan lain-lain mudah menghadapi exam.
Kesimpulannya kita boleh lihat kegigihan manusia sepertinya mencari rezeki dan bermurah hati untuk bersedekah serta mendoakan kejayaan orang lain. Semoga dia diberkati dan lebih maju. Bagaimana dengan diri saya? Dan kita?
Comments
Post a Comment