Posts

Showing posts from September, 2018

Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian (BEI).

Kursus BEI adalah kursus baharu lagi di UKM (buat masa ini). Kursus yang ingin memupuk pelajar menjadi usahawan dalam ilmu dan kemahiran. Setakat ini kursus BEI tidak mempunyai pelajar yang ramai, kerana ia menyediakan tempat yang terhad kepada pemohon. Jadi kursus ini suatu kursus yang agak rare dan sepatutnya anda berbangga bila mendapatnya.   Walau bagaimanapun, tahun pertama tetap belajar subjek-subjek yang sama seperti kursus lain dalam fakulti ekonomi dan pengurusan. Seperti Mikroekonomi, Makroekonomi, Pengurusan dan lain-lain.   Pada tahun berikutnya bermulanya subjek teras keusahawanan. Pelajar lebih diberi ilmu-ilmu keusahawanan dengan pensyarah yang bertauliah. Tidak silap, pelajar BEI tiada tesis seperti kursus Ekonomi dan kursus Pengurusan Perniagaan, pelajar BEI hanya akan memulakan perniagaan.

SMPWEB

SMPWEB merupakan salah satu kemudahan bagi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melakukan urusan akademik. Antaranya, mendaftar kursus, mencetak jadual peperiksaan, menyemak dan mencetak jadual kuliah dan sebagainya. Kemudahan ini disediakan bagi pelajar UKM kini bagi memudahkan urusan dan mengurangkan kesesakan di pusat prasiswazah dan pusat pengurusan akademik. Namun begitu, terdapat kelemahan dalam sistem SMPWEB yang kerap berlaku iaitu laman sesawangnya amat perlahan apabila ramai pelajar memasuki dalam satu masa. Perkara ini perlu diambil perhatian pihak Universiti dan harus dipertingkatkan untuk memudahkan urusan seluruh warga UKM.  Walau bagaimanapun, tetap memudahkan apabila laman sesawang seperti ini diwujudkan demi memenuhi keperluan semasa zaman dan akademik.

iFolio & Email Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Disclaimer/Penafian: Segala info dalam blog ini adalah berdasarkan pendapat pemilik dan info keadaan semasa pada waktu blog dibuat. Segala info, gambar asal mungkin dimiliki oleh pihak yang berhak.   Ifolio merupakan sistem terkini yang digunakan untuk pelajar-pelajar mendapat maklumat akademik daripada para  penyarah tentang makluman, nota-nota, tutorial, kuiz, exam dan sebagainya. Para pelajar wajib daftar ifolio menggunakan nombor matriks yang diberi di laman sesawang https://ifolio.ukm.my/. Sistem ini bertujuan memenuhi keperluan akademik pada masa kini yang lebih maju. Sistem ini memusatkan segala info untuk pelajar tentang subjek yang diambil dan segala info daripada penyarah subjek masing-masing. Panduan untuk mendaftar boleh rujuk kepada senior UKM atau pensyarah berkenaan untuk bantuan.    Manakala Email pula, setiap pelajar UKM akan dapat satu email yang diberikan oleh UKM untuk tujuan Universiti. Email ini akan menerima makluman dari pensyarah yang membuat mak

PENGANGKUTAN KOLEJ KERIS MAS (KKM) dan UKM

Image
Disclaimer/Penafian: Segala info dalam blog ini adalah berdasarkan pendapat pemilik dan info keadaan semasa pada waktu blog dibuat. Segala info, gambar asal mungkin dimiliki oleh pihak yang berhak.    Di sini saya berikan info serba sedikit tentang pengangkutan di Kolej Keris Mas (KKM) di UKM dan sekitar UKM. Soalan lazim pelajar baru masuk kepada senior sebelum masuk UKM adalah "Kat kolej nak pergi kelas nanti macam mana?", "Jauh tak dari kolej ke fakulti?" dan "Bas lalu berapa kali?". Saya bantu bagi maklumat sikit setakat yang saya tau bila duduk kat sini buat masa ni. Terlebih dahulu, saya bagitahu beza kolej dan fakulti. Kolej adalah tempat menginap iaitu tempat tidur dan beraktiviti kolej. Manakala fakulti tempat untuk belajar jurusan yang kita ambil. Di situ terdapat kelas dan dewan kuliah. Jadi di UKM, terdapat banyak fakulti dan kolej. Mengagumkan apabila lihat dewan-dewan di sini sangat besar dan cantik diuruskan. Salah satu tempat belajar yan

MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM atau ORIENTASI) dan KOLEJ KERIS MAS (KKM)

  Pada hari pertama selepas selesai segala proses pendaftaran di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), terus saya menuju untuk mendaftar masuk di kolej kediaman kedua terbesar di UKM iaitu Kolej Keris Mas (KKM). Bermulanya di KKM, para pelajar mendaftar masuk dan mulanya kehidupan di Kolej serta Universiti selepas ditinggalkan ibu bapa.   Selepas pendaftaran para pelajar dibenarkan ke bilik masing-masing untuk mengemas barang-barang. Di KKM, bilik yang ditawarkan kepada pelajar tahun pertama ialah bilik untuk dua orang. Dilengkapi dua katil single, dua almari besi, dua meja belajar dan lain-lain peralatan. Kipas ditengan-tengah, jadi kadang-kadang rasa panas sebab tak kena terus kalau baring dekat katil, sebab katil dekat tepi. Lampu belajar agak tidak strategik sebab diletakkan di atas rak besi jadi cahaya tak sampai ke meja terus, lebih baik beli lampu belajar sendiri. Tujuannya untuk belajar malam-malam dengan terang tanpa ganggu roommate. Kita kena fikir orang lain juga, sayan

PERMULAAN EKSPLORASI UKM

Image
  Assalamualaikum dan Hi, perkenalkan diriku yang bernama Norman Hakimi Bin Sa'ari. Seorang graduan tingkatan 6, SMK Taman Desa, Rawang Selangor. Mendapat keputusan yang Alhamdulillah boleh melayakkan untuk memohon sambungan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Salah satu pilihan yang dibuat adalah untuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan saya mendapat tempat dalam jurusan yang dipilih iaitu Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian (BEI).   Sedikit sejarah mengenai UKM yang telah saya faham, Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1970, 18 Mei. Pelbagai rintangan semasa proses penubuhan UKM yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia. Berhempas pulas membincangkan, merancang dan membuat permohonan untuk mewujudkan aspirasi rakyat Malaysia iaitu untuk mewujudkan sebuah Universiti yang menjamin perpaduan kaum melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Maknanya, UKM dicipta hasil idea rakyat untuk rakyat. Berbangga dan syabas kepada