Posts

Showing posts from October, 2018

Makroekonomi UKM FEP

Subjek favourite saya dari dulu lagi sampai dekat UKM ni. Dapat pulak pensyarah Makroekonomi yang terbaik, pensyarah UKM yang memang power lagi bertambah rasa minat untuk belajar subjek ini.     Subjek ini merupakan subjek teras untuk semua pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) tidak kira apa kursusnya.      Topik yang dipelajari contohnya ekonomi dua sektor, tiga sektor dan empat sektor iaitu ekonomi tertutup dan terbuka. Ada banyak topik baru yang lebih mendalam seperti topik Keluk pasaran LM dan IS. Salah satu topik baru dalam subjek Makroekonomi.

Statistik FEP UKM

Antara subjek yang tough bagi pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Sangat complicated. Tetapi jika buat latihan yang banyak akan lebih mudah faham.    Tidak susah sebenarnya, cuma perlu lebih gigih untuk buat latihan dan luangkan lebih masa untuk faham betul-betul apa yang dipelajari.      Bagi pelajar STPM, mungkin kena usaha lebih sebab dahulunya hanya belajar asas sahaja dan tidak mendalam. Tetapi kali ini sangat mendalam. Kalau nak tahu lebih lagi boleh buka buku statistik peringkat sarjamuda atau degree.

Pengantar Pengurusan

Subjek teras bagi pelajar di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Seperti saya yang merupakan pelajar STPM, subjek ini sama macam subjek pengajian perniagaan semester 2 di STPM, Pengurusan. Mungkin berbeza pandangan mengikut pensyarah, dan buku yang digunakan.         Topik dalam subjek ini seperti asas pengurusan, fungsi pengurus iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan.   Disarankan bagi pelajar yang mahu menyambung dalam bidang ini, jangan buang atau jual buku lama kerana masih boleh dijadikan rujukan. Ilmu yang kita dah belajar dulu jangan dijual atau ditinggalkan. Simpan pun tak apa. Bukan bermaksud kita tak belajar benda baru tapi jangan buang buku lama yang dah habis belajar. Tambah lagi ilmu itu perlu.

Makmal Komputer 3 FEP UKM

Mula-mula masuk makmal rasa kagum sebab komputer yang ada bukan biasa-biasa. Tidak silap komputer yang ada cukup untuk 40 orang.     Spesifikasi komputer membuatkan saya sangat-sangat kagum, iaitu menggunakan processor intel i5 atau i7 jika tidak silap. Graphic Card menggunakan grafik AMD. RAM pula 6gb dan ke atas.    Sambungan Internet sangat pantas, memudahkan kerja yang menggunakan internet.      Jadi kalau nak masuk UKM, ini salah satu kelebihan yang anda dapat. Memudahkan dan mengagumkan bagi saya yang ambil berat tentang komputer.

Aplikasi Komputer UKM

Subjek Aplikasi Komputer di UKM menjadi subjek teras di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP).    Subjek ini mengajar asas komputer yang memenuhi kehendak dan keperluan zaman ini dalam alam pembelajaran mahupun pekerjaan.     Antaranya, diajar mendalammendalam men Microsoft Words, Excel, Bloggers, HTML PowerPoint dan Microsoft Access.      Alhamdulillah pensyarah sangat bagus iaitu Dr. Zaleha. Hehe Terima Kasih Dr.

Subjek dipilih Semester 1 UKM

Bagi jurusan Sarjanamuda Keusahawanan dan Inovasi dan kepujian serta lain-lain kursus dalam Fakulti Ekonomi dan Pengurusan di UKM, subjek bagi tahun pertama adalah kebanyakannya sama.    Seperti saya kursus BEI, semesti pertama saya memilih 5 subjek teras iaitu Pengantar Pengurusan, Aplikasi Komputer, Statistik, Makroeknonomi dan Prinsip Perakaunan.    Subjek citra yang dipilih sebanyak dua subjek iaitu Berniaga Tanpa Modal dan Asas Sejarah Pemikiran II. Kursus ini merupakan kursus yang seronok dan mudah mendapat markah, cuma usaha perlu ada.

CRUNCHIZ UKM

Bila masuk Universiti, sebagai penuntut ilmu, ekonomi sara diri perlu diambil berat. Kami sebagai pelajar memikirkan cara untuk menjana pendapatan lebihan, selain kerja di Kiosk BEI, kami dapat menjana pendapatan yang besar hanya dengan menjual CRUNCHIZ iaitu kerepek Cheese dengan sedikit rasa pedas manja.     Rasanya sangat lazat, kalau makan memang tidak cukup sebalang. Ramai pelajar beli, juga para pensyarah dah rasa produk kami.   Produk yang kami jual dah terkenal dan pernah viral. Dipromosikan melalui rancangan Meletop di Astro Ria dan Maya HD. Produk ini tidak asing lagi.   Sesuai untuk pelajar yang ingin mencari pendapatan tambahan, boleh hubungi kami.      Kepada yang ingin rasa nikmat produk kami, juga boleh hubungi kami. Kami ejen sah CrunChiz, supplier UKM. SEKALI NGAP TAK CUKUP SEBALANG DAPATKAN CRUHCHIZ KELUARAN COCOMBEE YANG TERKENAL DARIPADA KAMI http://www.wasap.my/+60189006804/NakCrunchiz (Pika) http://www.wasap.my/+601123400670/NakCr

KIOSK BEI

Kiosk Kelab BEI atau Kiosk Kelab Keusahawanan dan Inovasi merupakan salah satu inisiatif dan idea yang diusahakan oleh ahli-ahli kelab BEI. Kiosk ini berupa mini food truck. Buat masa ini diletakkan di perkarangan fakulti ekonomi dan pengurusan (FEP).   Di sini sebagai peneraju aktiviti jualan, menjual pelbagai jenis makanan iaitu makanan sarapan, makanan tengah hari, snek, manisan dan air minuman. Bergantung kepada hari-hari tertentu, menu kami bertambah baik dan bertukar-tukar hidangan yang membuatkan anda sebagai pelanggan tertarin untuk mencubanya. Antara makanan terkenal yang kami jual adalah creampuff sebagai manisan. Terlaris setiap hari, kerana saiznya yang besar serta lazat. Untuk tengah hari ada dijual nasi ayam, nasi kerabu, nasi tomato dan lain-lain. Bergantung kepada hari.     Kiosk BEI mendapat tajaan daripada pihak Celcom, jadi kami hargai apa yang diberikan. Kami komited untuk menjalankan aktiviti keusahawanan insha Allah. Marilah cuba makanan di Kiosk BEI.